Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ni nak cerita sikit pasal latihan tempatan yang kami telah jalani pada 24 & 25hb Febaruari 2018 iaitu sabtu dan ahad yang lepas. Sebagai seorang Pegawai Kadet PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan), kami wajib menghadiri latihan tempatan 2 minggu sekali selama 2 hari. Ini merupakan latihan pertama kami dalam semester ini. Bila takde training rasa rindu, tapi minggu nak training tu rasa malas sangat taktahu kenapa memang setiap kali training macam ni haih.


Pada pagi dan petang hari sabtu 24hb Februari, kami mempelajari tentang senjata baru iaitu M203. Teknik selamatkan senjata, cara menggunakan senjata, cara menembak secara dan banyak lagi secara teori dan praktikal. Even panas + mengantuk, tapi excited sebab belajar senjata baru. hehe. tak sabar sabar nak pergi menembak walaupun penat. Pada jam 1430 kami mempunyai perbarisan sebab Mejar Azahan ada amanat nak disampaikan kepada semua pegawai kadet semua peringkat dari senior, intermediate dan junior. Nasib baik perbarisan beberapa minit je, tak lama sangat macam sebelum2 ni. panas terik kot dehydrated even minum air banyak.




Pada pagi ahad 25hb Februari, kami jalani latihan jasmani yang dipanggil PT (Physical Training) dalam tentera. Setiap pagi training wajib ada pt ni untuk tingkatkan stamina dan menyihatkan serta cergaskan badan. Training kali ni first time kami pt dengan senjata, 2 hari pulak tu, penat dia tuhan je tahu. hari sabtu pt dengan senjata je, tapi dah penat sangat. Hari ahad kami pt dengan senjata dan beg pack yang berisi pasir yg dibalut dengan kemas seberat 3kg tapi rasanya dah lebih sebab banyak sangat pasir. letih dia lain macam. macam biasa, kami lari dari kesatria sehingga dewan gemilang dan akan berpusing beberapa kali di blok-blok kolej keris mas (KKM). Rutin harian setiap kali training kami, tunggu lori 3 tan di panggung seni pada jam 0500 pastu berbaris pagi di padang kesatria pada jam 0630 tapi depends on subuh masuk pukul berapa. kadang kadang jam 0600 atau 0610 atau 0620. lepas baris pagi terus pt sampai jam 8 lebih. tapi training kali ni sampai jam 0900 baru settle pt. Even penat tapi kitorang enjoy sebab bergerak, susah, sakit, penat semua sama sama dalam satu skuad. Itu yang buat kami lebih kuat.

Lepas pt kami terus bersiap untuk pelajaran kawad senjata M16 di dewan gemilang. Dari pagi sehingga petang. Antara pelajaran yang kami telah belajar ialah senang diri bersama senjata, sedia dalam kedudukan senjata di sisi kanan, rusuk senjata, jajang senjata, julang senjata, hormat senjata, bimbitb senjata dan banyak lagi malas nak sebut banyak banyak hehe. panas terik tapi kami enjoy, sebab skuad dan jurulatih yang sporting.
Platun 1
Platun 2
Platun 3
Okay saje nak perkenalkan 2 orang jurulatih kesayangan kami bagi peringkat junior hehe.
Atas tu nama dia stap ishak baik orangnya, tak garang langsung, marah pun macam tak marah, takde yang takut pun hahahaha. dia baru habis kursus, so kami baru mula jumpa dan kenal dia masa annual camp pada sem yang lepas pada 13hb Januari sehingga 31hb Januari. mula mula ingat dia garang sebab muka dia macam tak senyum, serious je. tapi bila dah senyum manis je, hitam manis orangnya. hehe. Depan tu pulak stap shukri, dia pun baik orangnya, suka bercerita, dia suka cerita pengalaman dia sebagai komando dulu. kalau tak silap dia dah hampir 15 tahun berkhidmat dalam tentera darat ni. dia suka share ilmu tentera kat kami. orangnya pun manis je bila senyum ada lesung pipi. stap shukri lah yang jaga kami sepanjang ketiadaan stap ishak di ukm. stap shukri dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) and stap ishak dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).
Semester 1 tahun 2 nanti kami dah jadi peringkat intermediate dan bertanggungjawab dalam pengambilan pegawai kadet junior yang baru. Nanti jurulatih kami pun mungkin akan ditukar, tapi harap harapnya tak lah haih tapi dah ada ura-ura tukar jurulatih. sedihhh. so this is my appreciationpost for both of them. i love them seriously. because they've spend much time for our pentadbiran. bukan senang nak jadi jurulatih palapes yang banyak prosedur dalam hidup askar ni. thank you so much stap. semoga panjang umur jumpa lagi next time. jangan posting tempat lain lak. sedih kami nanti. okay thats all for today, terima kasih daun keladi ~