Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
okay ni nak cerita sikit la pengalaman saya sebagai seorang pegawai kadet wanita palapes
yang telah menjalani latihan berterusan selama seminggu semasa cuti midsem
latihan kami ini dijalankan 24 jam selama 7 hari
pada tarikh 30 Mac 2018 sehingga 5 April 2018
bagi kami junior dan inter, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.
ini kerana senior sedang membuat persediaan kawad dan sebagainya
untuk ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agung pada bulan 8 tahun ini
dimana pada hari pertama kumpulan 1 pergi menjalani aktiviti 'abseiling and repelling'
di pusat latihan PLKN di area Selangor
manakala saya merupakan ahli kumpulan 2
di mana kami menjalani latihan berenang di danau UKM
kami diajar oleh jurulatih kami cara-cara untuk berenang daripada basic to the toughest one
at first kami diajar cara untuk bernafas yang betul di dalam air,
di mana kami perlu tarik nafas di luar menggunakan hidung,
dan menghembuskan nafas melalui mulut di dalam air.
semasa di kolam renang, kami diuji untuk berenang supaya jurulatih dapat mengenal pasti
siapa yang tidak reti berenang supaya dapat diberi perhatian dan penekanan yang lebih
untuk belajar berenang.
pada hari kedua, saya menjalani latihan keyakinan dan ketabahan diri
iaitu 'abseiling and repelling' serta 'flying fox'
that time you were the nervous people cause for the first time buat abseiling repelling tu
untuk gambar belah kiri tu perghh pastu kena lapor lagi cara tentera
hahaha memang menggelabah habis la
as i love to go to the high place but as i'm becoming older...
penyakit gayat tu mula lahh..
then alhamdulillah xde ape2 aral pun.
seorang perlu menjalani 2 kali.
pertama tanpa senjata, dan yang kali kedua dengan senjata dan bagpack.
okay cerita pasal flying fox pulak,
aku tak takut langsung sebab masa sekolah rendah dah banyak kali lalui
tapi boleh pulak bibir pecah masa nak landing tu haih
sebab bibir terlanggar tali tu perghh pedih dia tuhan je tahu
kemudian pada malam hari tepat jam 12am 1 April 2018
kami menjalani latihan 'escape and evasion' selama 3 hari
kami dilarang untuk membawa sebarang duit, air, peralatan, pakaian, beg dan barang-barang lain
termasuk jungle hat kami dan handphone dilarang sama sekali
latihan ni merupakan latihan paling mencabar, berjalan sejauh 120km selama 3 hari
daripada markas palapes ukm ke semenyih, sungai tekala, sungai tekali, sungai gabai,
macam2 lagi checkpoint kami
kami dibahagikan kepada 12 sindiket, 1 sindiket terdiri daripada 10 atau 11 orang
kami dilepaskan dalam keadaan semua berpecah,
dan kami perlu set satu tempat perjumpaan kami untuk bergerak dalam sindiket
latihan ini seperti kami ini tawanan perang yang lari daripada musuh
dimana musuh kami ialah jurulatih-jurulatih dan pegawai kami
sekiranya kami terjumpa atau terserempak dengan mereka,
ataupun mereka dapat tahu kami bergerak ke satu checkpoint dengan menaiki kenderaan
dan jika didapati pergi makan di kedai makan,
kami dikenakan hukuman medan
oleh itu kami tidak boleh percaya sesiapa orang sekeliling selama 3 hari itu
kecuali ahli sindiket kami
gambar ini diambil pada hari terakhir kami dimana checkpoint terakhir ialah di markas palapes ukm
iaitu di pusat kesatria, UKM.
sangat terharu bila balik ada ayat kat depan tulis ' Selamat Pulang Perwiraku'
happy nya muka kami setelah tamat latihan 'escape and evasion' atau dikenali sebagai E&E
kerana ini merupakan salah satu latihan askar yang berat dan tough
dan kami dah lalui nya hehehe
pada hari keenam latihan kami, kami menjalani latihan untuk membuat pertunjukan kepada pegawai
iaitu river crossing,
ianya merupakan latihan sekiranya dalam keadaan darurat atau peperangan,
bagaimana kami perlu selamatkan bagpack kami yang mempunyai pakaian dan alatan lengkap
serta senjata jika perlu untuk merentasi sungai/tasik/ sebagainya
dimana sebahagian daripada kami yang mahir dalam berenang
perlu untuk merentasi tasik teratai yang terletak di bahagian markas palapes ukm di pusat kesatria
saya tidak terlibat kerana tidak begitu mahir dalam berenang
hehehe
mereka dibahagikan kepada dua orang untuk merentasi tasik
dan perlu mahir juga dalam membuat boat menggunakan bagpack
supaya barang-barang yang ingin diselamatkan tidak tenggelam di dalam air.
video dan gambar ini hanyalah sekadar perkongsian,
tidak ada unsur-unsur dera, penganiayaan, dendam dan sebagainya
ianya hanyalah sebahagian daripada latihan yang telah termaktub dalam perintah tetap pegawai kadet
yang kami mesti laksanakan sebagai seorang pegawai kadet palapes tentera darat
kami sangat happy dan enjoy sepanjang latihan ni
walaupun kadang-kadang rasa mental koyak,
tapi chill je ni baru sikit, belum hadapi life bekerja kan?
hehehe, by the way semua pegawai dengan jurulatih sangatlah sporting !
rugi kalau tak kenal diorang dengan lebih rapat,
okay thats all.
thanks a lot,
syafinaz.