Sunday, 13 May 2018

Annual Grand Meeting


Assalamualaikum  dan selamat sejahtera semua, 
pada 2 minggu lepas kami telah mengadakan Annual Grand Meeting (AGM) 
untuk kelab kami iaitu Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UKM (PSSGMUKM)
di mana dalam meeting ini, pelantikan ahli jawatankuasa dan exco baru telah dilantik
dan AJK serta EXCO telah menyelesaikan tugasan terakhir untuk membentangkan laporan tahunan dan belanjawan persatuan
Saya sebagai AJK Exco Keusahawanan persatuan ini bagi semester dua ini 
telah dilantik untuk menjadi Bendahari persatuan ini bagi setahun untuk tahun 2 nanti
bagi saya, jawatan dan amanah ini sangat berat kerana ini berkaitan dengan duit persatuan
tetapi saya terima cabaran ini sebagaimana saya mencabar diri saya untuk memasuki palapes 
sehingga ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong pada tahun 3 nanti


Ini merupakan bekas AJK dan Exco persatuan kami bagi tahun ini 
dan AJK serta Exco yang baru bagi sesi tahun depan. 
Saya berharap semua dapat beri kerjasama yang mantap 
untuk membangunkan lagi organisasi persatuan ini. 
hehe itu je sekadar perkongsian saya untuk minat saya dalam persatuan silat. 
terima kasih dan salam :)

No comments:

Post a Comment

Dinner Kolej Tun Hussein Onn

Greetings to all ! 6th May 2018 which is last sunday is our dinner for kolej tun hussein onn yeahh ! it was held at Hotel Tenera, B...