Saturday, 3 March 2018

Bengkel Resume

Assalamualaikum wbt,
Harini nak share sikit pasal bengkel resume yang kami wajib hadiri pada hari selasa,
27 Februari 2018 pada jam 11 pagi hingga 2 petang.
Bengkel ini wajib dihadiri bagi memenuhi syarat bagi subjek komunikasi perniagaan yang diambil oleh semua pelajar tahun 1 kos pentadbiran perniagaan dan keusahawanan.
Oleh sebab kami dikehendaki untuk membuat resume sepanjang 1 muka surat,
serta 'cover letter', lecturer kami mewajibkan kami meghadiri bengkel ini,
atau membuat 'appointment' berkenaan dengan proses pembuatan resume kami.


Pada pendapat saya, sedikit sebanyak bengkel ini telah membantu kami untuk membuat resume yang baik. 'Speaker' kami telah membuat teguran atas segala kesilapan yang dilakukan oleh pelajar terutamanya 'fresh graduate' semasa membuat resume.
kami juga didedahkan dengan apa itu perbezaan antara CV, Resume dan Cover Letter.

Antara maklumat yang saya peroleh untuk membuat resume yang baik ialah :

1. straight to the point jawatan apa yang hendak dipohon
2. pastikan letak gambar yang bersesuaian atau formal + latest picture
3. resume jangan 'colourful' atau just be formal in black and white
4. Resume ringkas dan padat
5. resume tidak boleh melebihi 2 pages, sebaik-baiknya 1 page.
6. gunakan jenis tulisan yang sesuai dan 'font colour' yang jelas
7. tonjolkan kebolehan, kemahiran dan pencapaian
8. jangan letakkan kemahiran yang tidak ada kaitan dengan bidang yang diambil atau dipohon
9. maklumat yang sesuai dan relevan
10. sebaik-baiknya disertakan dengan cover letter



Pada khamis 1 Mac 2018, jam 2 petang hingga 4 petang.
kami diwajibkan pula untuk menghadiri bengkel video resume di dewan kuliah 1 dan 2, 
fakulti ekonomi dan pengurusan.
Bengkel ini pula mendedahkan kami bagaimana cara untuk membuat video resume yang bagus.
selari dengan zaman digital pada masa kini, 
kebanyakan syarikat mengambil resume pekerja melalui youtube ataupun emel sahaja. 
oleh sebab itu, sebagai pelajar yang bakal digraduasikan pada masa hadapan. 
kami perlu tahu dan mempunyai ilmu tentang video resume. 

Antara nasihat yang diberikan untuk membuat video resume yang bagus ialah :

1. memilih tempat untuk merekod video di tempat yang bersesuaian yang jelas dan senyap.
2. tidak mengambil video di tempat-tempat yang mempunyai 'background' yang cantik yang menarik perhatian orang seperti pantai, laut dan sebagainya.
3. ekspresi dan mimik muka yang menunjukkan minat terhadap pekerjaan yang dipohon.
4. sentiasa senyum
5. bercakap dengan lancar dan penuh 'confident'
6. membuat skrip sebelum memulakan perekodan video
7. video resume minimum 1 minit dan maksimum tidak melebihi 3 minit.
8. memakai pakaian yang formal seperti hendak pergi ke temu duga pekerjaan
9. memulakan kata sapaan dengan salam atau selamat sejahtera.
10. memperkenalkan diri, kebolehan, kemahiran dan pencapaian yang diperoleh
11. mengakhiri video dengan 'terima kasih'

Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini,
Terima kasih :)




No comments:

Post a Comment

Dinner Kolej Tun Hussein Onn

Greetings to all ! 6th May 2018 which is last sunday is our dinner for kolej tun hussein onn yeahh ! it was held at Hotel Tenera, B...