Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
harini nak share sikit pasal pengalaman masuk kelab seni mempertahankan diri hihi
at first masa aku sekolah rendah, nak sangat masuk silat
taktahu kenapa, minat, suka lasak, pastu ayah dulu silat dari kecik gak maybe dorongan ayah kan
tapi malangnya, sekolah rendah dulu takde silat
cuma ade taekwando dengan karate do je
nak masuk taekwando pulak sebab ramai kawan masuk situ kan
tapi sebab sir karate do tu kawan mama, and yuran lagi murah berbanding taekwando
aku pun daftar lah dalam kelab karate do sekolah, sekali dengan kelab daerah seremban
okay cerita masa sekolah menengah pulak,
ada je silat, memang nak masuk tau.
tapi ade satu silat je and aku tak amik tahu pun silat ape masa tu.
and silat sekolah penuh dengan budak asrama semuanya, biasalah adat sekolah
outsider dengan budak asrama ade gap sikit
hahahahaha
aku outsider dulu, so aku tak berapa ngam la dengan budak asrama
*sorry gambar gegar gegar orang tu tak pandai amik gambar, saje je nak share gambar hehe*
then, bila dah masuk ukm ni ada pulak silat banyak pulak tu memang dah happy gilaaa laa'
tapi ade 4 jenis pulak :
-silat gayong malaysia
-silat gayong fatani
-silat cekak hanafi
-silat cekak malaysia
aku pun dah buntu gilaaa nak buat pilihan nak masuk silat manaaaaaa
sebab taktahu ape beza semua silat ni.
aku tanya ayah, ayah memang suggest dari dulu masuk silat cekak hanafi
sebab fully defend,
masa perjumpaan citra kebudayaan dekat dectar pulak masa first sem,
aku taktahu kenapa dan sebab ape telinga aku hanya dengar tempat perjumpaan silat gayong malaysia
ikut hati nak masuk citra muzik sekali
tapi penyelaras citra budaya sarankan setiap students amik satu citra budaya je
aku pun redhaaaa, sebab aku lagi minat benda yang lasak
yelah dari kecik minat muzik, tapi tak pernah merasa sekali pun main ape2 percussion muzik
sebab sekolah agama fully dari tadika sampai lah form 5
so memang tak pernah tahu ape2 pasal muzik
minat je lebih tapi takde peluang
disebabkan lagi fikir pentingnya seni mempertahankan diri,
i decided to register in silat gayong malaysia
jujur aku cakap, silat gayong malaysia ialah silat yang paling ganas antara keempat2 silat dekat ukm
kami attack and defend fully.
semua kena kuat, kami tak duduk static
yes i like that so much, badan jadi lebih aktif
tapi family pun tak galakkan sebab terlalu ganas untuk perempuan
i take that as a challenge for me to be better and strong
and now sem 2, aku dah berjaya naik bengkung dari hitam kosong ke awan putih
hehehe ujian tu berjalan masa kami last sem 1 untuk markah citra jugak
it is the first step i've succeed
serious bukan senang nak naik bengkung, dengan exam susah teori praktikal sangat penat dan sakit
hanya orang yang betul2 kuat dan nekad yang mampu harung semua ni
sem 2 sekarang ni ramai jugak la keluar dari silat maybe sebab kesihatan and tak mampu
wallahualam...
silat gayong malaysia ni bermula dengan hitam kosong, lepastu awan putih,
then hijau, ha pastu merah (3 peringkat 3 calit), kuning (5 peringkat 5 calit)
and the last hitam (7 peringkat 7 calit)
tapi hitam 7 calit tu hanya milik pengasas silat gayong malaysia iaitu Dato' Meor Rahman
nama silat kami yang sebenar ialah silat seni gayong malaysia
sebab silat ni hanya mempunyai 1 bunga, dan tiade untuk persembahan, seni pun kurang
sebab tu perkataan silat datang sebelum seni
tapi bila kelab silat ni masuk ukm, pihak citra budaya tukar nama silat ni iaitu
seni silat gayong malaysia, aku pun lupa sebab ape pihak citra tuukar. hahaha
okay lah sampai sini je, doakan saya lebih kuat dan tabah untuk meneruskan perjuangan dalam silat :)
insya Allah, target dapat sampai bengkung merah bila dah grad nanti
Ameen..


No comments:
Post a Comment