Thursday, 29 March 2018

Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, 
harini nak share sikit pasal pengalaman masuk kelab seni mempertahankan diri hihi
at first masa aku sekolah rendah, nak sangat masuk silat
taktahu kenapa, minat, suka lasak, pastu ayah dulu silat dari kecik gak maybe dorongan ayah kan
tapi malangnya, sekolah rendah dulu takde silat 
cuma ade taekwando dengan karate do je 
nak masuk taekwando pulak sebab ramai kawan masuk situ kan
tapi sebab sir karate do tu kawan mama, and yuran lagi murah berbanding taekwando
aku pun daftar lah dalam kelab karate do sekolah, sekali dengan kelab daerah seremban


okay cerita masa sekolah menengah pulak, 
ada je silat, memang nak masuk tau. 
tapi ade satu silat je and aku tak amik tahu pun silat ape masa tu.
and silat sekolah penuh dengan budak asrama semuanya, biasalah adat sekolah
outsider dengan budak asrama ade gap sikit
hahahahaha
aku outsider dulu, so aku tak berapa ngam la dengan budak asrama
*sorry gambar gegar gegar orang tu tak pandai amik gambar, saje je nak share gambar hehe*


then, bila dah masuk ukm ni ada pulak silat banyak pulak tu memang dah happy gilaaa laa'
tapi ade 4 jenis pulak :
-silat gayong malaysia
-silat gayong fatani
-silat cekak hanafi
-silat cekak malaysia

aku pun dah buntu gilaaa nak buat pilihan nak masuk silat manaaaaaa
sebab taktahu ape beza semua silat ni.
aku tanya ayah, ayah memang suggest dari dulu masuk silat cekak hanafi
sebab fully defend, 
masa perjumpaan citra kebudayaan dekat dectar pulak masa first sem,
aku taktahu kenapa dan sebab ape telinga aku hanya dengar tempat perjumpaan silat gayong malaysia
ikut hati nak masuk citra muzik sekali
tapi penyelaras citra budaya sarankan setiap students amik satu citra budaya je
aku pun redhaaaa, sebab aku lagi minat benda yang lasak
yelah dari kecik minat muzik, tapi tak pernah merasa sekali pun main ape2 percussion muzik
sebab sekolah agama fully dari tadika sampai lah form 5
so memang tak pernah tahu ape2 pasal muzik 
minat je lebih tapi takde peluang
disebabkan lagi fikir pentingnya seni mempertahankan diri, 
i decided to register in silat gayong malaysia

jujur aku cakap, silat gayong malaysia ialah silat yang paling ganas antara keempat2 silat dekat ukm
kami attack and defend fully.
semua kena kuat, kami tak duduk static
yes i like that so much, badan jadi lebih aktif
tapi family pun tak galakkan sebab terlalu ganas untuk perempuan
i take that as a challenge for me to be better and strong
and now sem 2, aku dah berjaya naik bengkung dari hitam kosong ke awan putih 
hehehe ujian tu berjalan masa kami last sem 1 untuk markah citra jugak
it is the first step i've succeed
serious bukan senang nak naik bengkung, dengan exam susah teori praktikal sangat penat dan sakit
hanya orang yang betul2 kuat dan nekad yang mampu harung semua ni

sem 2 sekarang ni ramai jugak la keluar dari silat maybe sebab kesihatan and tak mampu 
wallahualam...
silat gayong malaysia ni bermula dengan hitam kosong, lepastu awan putih,
then hijau, ha pastu merah (3 peringkat 3 calit), kuning (5 peringkat 5 calit)
and the last hitam (7 peringkat 7 calit)
tapi hitam 7 calit tu hanya milik pengasas silat gayong malaysia iaitu Dato' Meor Rahman

nama silat kami yang sebenar ialah silat seni gayong malaysia 
sebab silat ni hanya mempunyai 1 bunga, dan tiade untuk persembahan, seni pun kurang
sebab tu perkataan silat datang sebelum seni
tapi bila kelab silat ni masuk ukm, pihak citra budaya tukar nama silat ni iaitu
seni silat gayong malaysia, aku pun lupa sebab ape pihak citra tuukar. hahaha
okay lah sampai sini je, doakan saya lebih kuat dan tabah untuk meneruskan perjuangan dalam silat :)
insya Allah, target dapat sampai bengkung merah bila dah grad nanti
Ameen..



Monday, 19 March 2018

Hari Kesihatan Wanita (HAKEWA)

Assalamualaikum semua, 
rasa lama sangat dah tak buat post ni, rindu pulak nak bebel sorang hehe
maaflah sis busy sangat handle program silat dengan training palapes
assignment dah datang macam air je sekaligus
so maybe take time la nak buat post ni kena free betul2
harini nak cerita sikit pasal Hari Kesihatan Wanita (HAKEWA)
yang berlangsung di Pusanika UKM, 
pada 28 Februari 2018
ha dah lama gila kan?
tulah dah lama nak post pasal ni cuma tak sempat je.





okay firstly, kitorang taktahu pun ade program HAKEWA masatu, 
habis kelas Mikroekonomi rabu tu kol 2pm kitorang pun pergi la pusanika nak withdraw duit
tetiba nampak ramai org pegang bunga tu
kitorang pun ape lagi? misi mencari dari mana sumber bunga tu la . hahaha
i guess pusanika aras 4 promoter tu bagi bunga LUX dekat sesiapa yang lalu situ
kitorang pun beriya la nak simpan kumpul bunga tu
sebab wangi yelah orang tak pernah dapat bunga
time ni lah nak acah2 dapat bunga dari boyfriend cuma yg ni semua yang lalu pusan aras 4 dapat 
hehehe




Lepas dapat bunga, kitorang lunch dulu dekat pusan aras 1 tu
then saja nak try nasib nak menderma darah kat pusan aras 6
sebab kat matrik dulu tak pernah lepas sebab kurang berat and darah tak cukup pekat and sikit
this time, nurse ni tak percaya pulak berat aku 49kg
dia suruh timbang semula, hahaha
sekali timbang 50kg,perghh aku pun terkejut terukss masa tu
masuk ukm 45kg, baru 1 sem dah 50kg
bahagia sangat ke kat ukm atau bahagia masa annual camp palapes 19 hari masa cuti sem haritu?
hahaha idk la maybe sebab after annual camp kitorang pi trip ke perlis 6 hari
pastu melantak macam2 kat sanaaa haaa mana tak gomok







ha lepas dah timbang tu baru la nurse tu percaya berat aku
dia pun proceed amek darah nak cek darah and jenis darah
then .....




aku tak lepas lagi sebab tak cukup zat hahaha act dah agak dah cuma saja nak mencuba nasib
muni pun tak lepas sebab dia tengah selsema masatu
atleast kalau nak menderma kena bebas dari selsema batuk demam selama seminggu
rabi yang dengan yakin nya cakap dia tak cukup zat untuk menderma darah
at last dia sorang yg lepas untuk menderma hahahaha

then sementara rabi tengah derma darah, aku dengan muni pun 
pergi lah buat checkup kesihatan wanita dekat aras yg sama cuma booth yg lain
dengan harga rm5 kitorang buat checkup body fat, blood glucose, and macam2 lagi
kat situ diorang ikut bmi us yg after 22.0 tu dah overweight
disebabkan aku pendek, berat normal aku should be 52kg
dia kata kalau lebih nanti aku overweight, haih tu kan us punya okay
malaysia bmi after 24 baru overweight so aku tak amik port sangat ape org tu ckp hahaha

ade jugak check up muscle mass aku 36kg, berat lemak 12kg, tulang 2kg
haaa tertanya budak palapes makin berat sebab muscle je, bukan lemak okay hehehe
kitorang fit bukan gemok harap maklum. 
kahkahkah

sekian sahaja, i gotta go byebye ~


Saturday, 3 March 2018

Bengkel Resume

Assalamualaikum wbt,
Harini nak share sikit pasal bengkel resume yang kami wajib hadiri pada hari selasa,
27 Februari 2018 pada jam 11 pagi hingga 2 petang.
Bengkel ini wajib dihadiri bagi memenuhi syarat bagi subjek komunikasi perniagaan yang diambil oleh semua pelajar tahun 1 kos pentadbiran perniagaan dan keusahawanan.
Oleh sebab kami dikehendaki untuk membuat resume sepanjang 1 muka surat,
serta 'cover letter', lecturer kami mewajibkan kami meghadiri bengkel ini,
atau membuat 'appointment' berkenaan dengan proses pembuatan resume kami.


Pada pendapat saya, sedikit sebanyak bengkel ini telah membantu kami untuk membuat resume yang baik. 'Speaker' kami telah membuat teguran atas segala kesilapan yang dilakukan oleh pelajar terutamanya 'fresh graduate' semasa membuat resume.
kami juga didedahkan dengan apa itu perbezaan antara CV, Resume dan Cover Letter.

Antara maklumat yang saya peroleh untuk membuat resume yang baik ialah :

1. straight to the point jawatan apa yang hendak dipohon
2. pastikan letak gambar yang bersesuaian atau formal + latest picture
3. resume jangan 'colourful' atau just be formal in black and white
4. Resume ringkas dan padat
5. resume tidak boleh melebihi 2 pages, sebaik-baiknya 1 page.
6. gunakan jenis tulisan yang sesuai dan 'font colour' yang jelas
7. tonjolkan kebolehan, kemahiran dan pencapaian
8. jangan letakkan kemahiran yang tidak ada kaitan dengan bidang yang diambil atau dipohon
9. maklumat yang sesuai dan relevan
10. sebaik-baiknya disertakan dengan cover letter



Pada khamis 1 Mac 2018, jam 2 petang hingga 4 petang.
kami diwajibkan pula untuk menghadiri bengkel video resume di dewan kuliah 1 dan 2, 
fakulti ekonomi dan pengurusan.
Bengkel ini pula mendedahkan kami bagaimana cara untuk membuat video resume yang bagus.
selari dengan zaman digital pada masa kini, 
kebanyakan syarikat mengambil resume pekerja melalui youtube ataupun emel sahaja. 
oleh sebab itu, sebagai pelajar yang bakal digraduasikan pada masa hadapan. 
kami perlu tahu dan mempunyai ilmu tentang video resume. 

Antara nasihat yang diberikan untuk membuat video resume yang bagus ialah :

1. memilih tempat untuk merekod video di tempat yang bersesuaian yang jelas dan senyap.
2. tidak mengambil video di tempat-tempat yang mempunyai 'background' yang cantik yang menarik perhatian orang seperti pantai, laut dan sebagainya.
3. ekspresi dan mimik muka yang menunjukkan minat terhadap pekerjaan yang dipohon.
4. sentiasa senyum
5. bercakap dengan lancar dan penuh 'confident'
6. membuat skrip sebelum memulakan perekodan video
7. video resume minimum 1 minit dan maksimum tidak melebihi 3 minit.
8. memakai pakaian yang formal seperti hendak pergi ke temu duga pekerjaan
9. memulakan kata sapaan dengan salam atau selamat sejahtera.
10. memperkenalkan diri, kebolehan, kemahiran dan pencapaian yang diperoleh
11. mengakhiri video dengan 'terima kasih'

Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini,
Terima kasih :)




Dinner Kolej Tun Hussein Onn

Greetings to all ! 6th May 2018 which is last sunday is our dinner for kolej tun hussein onn yeahh ! it was held at Hotel Tenera, B...